Program Hari Terbuka Pi Bagan Serai
12 Ogos 2018 | Aktiviti TerkiniPada 11 Ogos 2018, Pusat Internet Bagan Serai telah mengadakan Hari Terbuka. Majlis ini diadakan bagi memperkenalkan Pusat Internet Bagan Serai kepada komuniti penduduk Bagan Serai dan penduduk kampung terdekat. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Hasnul Zulkarnain Bin Abdul Munaim merupakan Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia& NGO Negeri Perak. Antara aktiviti yang diadakan ialah Kuiz KDB, Pameran E- Waste, Booth Pameran Menarik di Kerian, Kursus Usahawan Online, QR Code Challenge, Demonstrasi Mee oleh Pelajar Pendidikan Khas(SMK Bagan Serai), Demonstrasi Pembuatan Peneram oleh Nab Peneram(Bagan Serai) dan pemeriksaan kesihatan (Kospen).
Pengunjung juga berpeluang memenangi cabutan bertuah. Program Hari Terbuka ini diadakan bertujuan untuk mempromosikan lagi Pusat Internet Bagan Serai kepada masyarakat setempat. Antara tetamu yang hadir ke program ini ialah YB Tuan Hasnul Zulkarnain Bin Abdul Munaim merupakan (Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia & NGO Negeri Perak), En. Azahari Bin Saad (Penghulu Mukim Bgan Serai), Puan Hanita Izzah Binti Abdul Rahman (Ketua Pengarah MCMC Perak) serta En Zulkapri bin Manan yang mewakili Maxis Telecommunication SDN BHD dan wakil daripada Sprintz Designs.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: